Bahaya Minyak Bio Oil, Re gen Oil, Johnson Baby
- yayamega
- Jul 21, 2015
- 2 min read



Actually saya juga pengguna setia produk-produk ni, sampai lah saya buat produk organik. Saya tergerak hati untuk check ingredient di botol-botol produk ni. Hati ni kecewa. Kenapa?
Kerana ingredient utama produk ini adalah Liqudium Parafins.
Apa itu Liqudium Parafins?
-Ia adalah bahan berasaskan petroleum yg menggangu aktiviti semulajadi kulit kita dengan menyebabkan lubang pori tersumbat , membesarkan lagi jerawat dan dicemari carcinogen yang mempunyai kaitan dengan kanser payudara .
Apa itu mineral oil? Mineral oil adalah dari produk petroleum. Ia datang dari sumber yang sama dengan petrol untuk kereta kita. Minyak bayi dan Vaselin dibuatsepenuhnya oleh minyak ini. Manakala terdapat mineral oil dalam jumlah yang tertentu untuk moisturizing cream dan lip balm. Mineral oil teramatlah murah nya dan memeng digunakan secara meluas. Kos untuk buang dia lagi mahal dari nak beli dia. cuba bayangkan sebab tu dia meluas digunakan. Banyak produk2 minyak rambut di pasaran memang ada minyak ini. Even dia claim ttu minyak kelapa/zaitun pun, kita kena check ingredients pada label produk. Minyak mineral ni jugak dikenali sebagai paraffin wax, liquid paraffin, and petrolatum.
Sebagai contoh, saya ambil satu produk yang saya jumpa hari tu. Minyak rambut ni memang murah dan kat label dia tulis ‘herbal hair oil’. Tapi cuba tgk ingredient dia, memang ada campuran mineral oil . Sebab tu dia murah. Sebenarnya banyak lagi produk2 yang herbal tapi dah dicampur ngan minyak mineral. Boleh check sendiri.
Penggunaan mineral oil ni menjadi perdebatan. Satu pihak mendakwa ia selamat digunakan kerana sudah di jual di pasaran selama 100 tahun. Walaupun berasal dari petroleum, tapi gred nya adalah di paras yang selamat.
Pihak yang satu lagi pula mendakwa mineral oil ni bahaya kerana:
Minyak mineral bertindak sebagai satu lapisan nipis pada kulit. Ia adalah sukar untuk diserap dan akan menyumbat liang kulit kita. Ini akan mengurangkan keupayaan kulit untuk membuang toksik dari badan. Ingat, kulit adalah organ terbesar badan dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan secara keseluruhan!
Comments